Saturday, June 13, 2009

Makanan Halal

Mencari makanan yang halal dan baik adalah wajib bagi setiap individu. Kerana setiap yang dimakan itu akan msnjadi sebahagian daripada badan orang yang memakannya. Maksudnya, elemen-eleman yang terkandung di dalam makanan itu mungkin menjadi komponen sel, komponen enzim, komponen DNA atau komponen protein yang menjalankan fungsi tertentu di dalam tubuh.

Makanan yang haram, sama ada dari segi bahannya atau cara memperolehinya (misallnya yang dicuri) boleh mempengaruhi kerohanian seseorang. Satu unit protein ataupun DNA yang dibentuk daripada elemen yang haram ini mungkin akan menjadi satu titik hitam di dalam badan individu itu. Titik hitam ini akan diterjemahkan sebagai satu titik hitam juga pada hati sanubarinya. Titik hitam ini boleh menghalang keinginan individu itu untuk membuat amal kebajikan. Jika dia selalu memakan makanan yang haram, lama kelamaan banyaklah titik hitan di dalam tubuh dan seterusnya menghitamkan hati sanubarinya. Maka bertambah sukarlah individu itu untuk melakukan amal kebajikan.

Makanan yang baik dapat difahamkan sebagai makakan yang berkhasiat, bersih,suci dan tidak memudaratkan (umpamanya bebas dari toksin). Makanan yang baik juga dilihat dari segi bahannya, proses membuatnya dan juga cara peyimpanannya. Ketiga-tiga aspek ini wajib ditepati. Jika salah satu daripadanya dikompromi maka makanan itu mungkin tidak dapat diterima sebagai makanan yang baik. Contohnya, bahan yang baik tidak akan menjadi makanan yang baik jika disediakan dengan tangan yang kotor atau sekitaran yang menjijikkan. Makakan yang baik pula boleh menjadi tidak baik jika disimpan terlalu lama atau dalam keadaan yang menyebabkan ia manjadi basi dan mengandungi toksin bakteria.

Dari segi suci pula, seseorang yang menyediakan makanan mesti memahami makna suci. Antaranya aspek yang relevan termasuklah penggunaan air yang bersih dan suci, penyediaan dan penyimpanan makanan dalam bekas yang bersih dan suci. Dalam isu suci ini hanya orang-orang Islam sahaja yang memahaminya. Oleh itu, adalah menjadi fardu kipayah untuk orang-orang Islam menyediakan makanan yang halal, berhasiat, bersih dan suci bagi keperluan orang yang menghendakinya.

Pastinya ramai antara kita yang telah cuba mencari makanan seperti ini. Tapi di mana? Rasa ingin berkongsi maklumat ini. Cuba anda cari di sini: HalalMall, 9163, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Nombor telefon: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324.

Semoga usaha anda diberkati yang Maha Memberi Rezeki.


Halal Food

Finding food that is halal (lawful)  and  good is compulsory for every individual. Because each consumed will become part of the body of the individuals that consume it. That is, the element-element contained in the food may be a component of the cell, the enzyme component, a component of DNA or protein components that perform specific functions in the body.

Food that is unlawful, whether in the material or the way it is obtained (example stolen food) can affect a person's spirituality. One unit of protein or DNA formed from elements that may be illegally obtained would be a black dot on the body of the individual. The black dot will be interpreted as a black dot on the heart also also his soul. Black dots may prevent the individual's desire to do good deeds If he's always eating unclean food, eventually all his body and soul are covered with and thus blackening heart and soul. It will difficult it inspire the individual to do good deeds.

Good food can be understood as food that is nourishing, clean, pure and not harmful (eg free from toxins). Good food is also seen in terms of the material, the process of making and also how it is kept. These three aspects must pass a certain standard. If one of them is compromised then the food may not be acceptable as a good food. For example, the good stuff will not be good if prepared with dirty hands or under offensive environment. Food that begin as good food can also be bad if it is stored too long or under conditions that cause it to became stale and contains a bacterial toxin.

In terms of purity, a person who provides food must understand the meaning of the term pure. Among the relevant aspects includes the use of clean and pure water, preparation and food storage using containers that are clean and pure. The term purity is only understood by Muslims because this aspect is elaborated in Islamic teaching. Therefore, it is obligatory for Muslims prepare halal, nutritious, clean and pure for the needs of the Muslims.

No doubt many of us have been trying to find food like this. But where ca you find such food? Feel like sharing this information. Try your search here: HalalMall, 9163, Country Road, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Telephone number: 03-41066385; HP: 0196346350; Fax 03-41067324.

May your efforts be blessed.


Wallahu aalam.

7 comments:

Anonymous said...

Terima kasih tuan kerana menyiar memberitahu tempat yang boleh kedapatan produk Halal Muslim ini. Saya difahamkan kesemua produk di HalalMall adalah keluaran Muslim. Di sini juga ada herba2 yang terpilih. Vitamin B-17, yaitu ubat kanka(barah)dan Za'faran ubat urat orang slepas kena stroke pun ada dijual. Chocolat dan ice cream kesukaan kanak2 pun ada. Sejadah, telekong minyak wangi pun ada. wah terima kasih kerana memberitahu.

Hadi Nash

diari kehidupan.. said...

saya tahu ramai diantara kita menyukai coklat..saya hanya ingin berkongsi tentang satu syarikat coklat milik 100% muslim..insyallah kehalalannya terjamin..iaiu tasneem..maklumat langjut boleh ke blog..http://www.coklathalal.com..jazakillahu khairan..

Mawar said...

Salam Prof Ungu
bagus kalau dibuka cawangan, kajang atau bangi? saya masih ragu dengan cokelat kegemaran misalnya 476, 322...memang tak halalkah?

purplemelastoma said...

Saudara Hadi,

Semoga semua dapat manfaat dengan sebarang yang kita lakukan. Saya juga diberitahu oleh saudara pengasas perniagaan HalalMall ini bahawa sesiapa yang ada produk halal muslim boleh memasarkan produk itu melalui HalalMall.

purplemelastoma said...

Assalamualaikum diari kehidupan,

Terima kasih kerana melauaskan lagi jangkauan muslim dan muslimah kepada mancari makanan kegemaran mereka dengan tiada syak wasangka.

purplemelastoma said...

Dr. Mawar,

Assalamualikum,

Ya. Banyak benda yang tersembunyi. Kekadang kita pun jadi keliru... Apa kita cari dari http://www.coklathalal.com?

Mawar said...

Salam Prof Ungu dan Sdr Diari,

terima kasih atas makluman berharga ini. saya sudah ke laman yang dinyatakan. ternyata ia mendebarkan saya! oh, begitulah saat saya melihat COKELAT! terima kasih!

ps: izinkan juga dipautkan di blog saya.