Sunday, June 21, 2009

Senja Di Nanga Merit











Di mana Nanga Merit ini sebenarnya? Untuk sampai ke tempat ini anda perlu sampai ke bandar Sibu di Sarawak terlebih dahulu. Dari Sibu anda akan menaiki bot ekspres melaui sebuah sungai yang dinamai Batang Rajang sampai ke sebuah bandar kecil yang bernama Kapit. Perjalanan ini memakan masa selama tiga jam. Sepanjang perjalanan ke Kapit anda dapat melihat hutan atau belukar yang diselangi oleh perkampungan kecil. Tidak banyak pengalaman yang menarik dalam perjalanan ini. Di kapit anda boleh bejalan-jalan melihat masyarakat yang ada di bandar itu.

Anda boleh bermalam di sini atau meneruskan pejalalan dengan menaiki barge atau 'tongkang'. Perjalanan ini akan memakan masa lagi 3 jam. Sepanjang perjalanan ke Nanga Merit anda akan melihat tebing yang ditumbuhi oleh pokok hutan. Kelainannya sungainya semakin sempit. Maka anda dapat melihat tebing yang kadang-kadang merupakan batu yang dibentuk dalam bentuk 'slate'. Anda juga perpeluang melihat rumah panjang yang berada di tebing sungai. Jarak di antara satu perkampungan rumah panjang dengan yang lain adalah antara 1 hingga 10 kilometer. Perhubungan utama di sepanjang sungai ini ialah air. Bot-bot kecil berenjin mengambil upah membawa penduduk perkampungan ke perkampungan lain atau menghantar anak-anak ke sekolah.

Kemudian, yang menambahkan 'thrill' kepada pengalaman ini, anda akan melalui suatu kawasan yang terdapat batu-batu besar yang terchonget dari dasar ke permukaan sungai. Kehadiran batu-batu besar ini menyebabkan air sungai berpusing-pusing dan berombak secara tidak menentu. Tongkang terpaksa belayar berliuk-piuk demi mengelak dari terlanggar halangan batu-batu besar di dalam sungai itu. Setengah-setangan dari batu-batu besar ini tidak dapat dilihat kerana berada di bawah aras permukaan air. Batu-batu yang tidak dapat dilihat ini adalah sebenarnya yang lebih berbahaya kapada tongkang dan bot-bot yang mellaui kawasan itu. Pada suatu kawasan yang sangat berbahaya, semua penumpang tidak dibenarkan berada di atas dek. Rasa cemas menguasai perasaan semua penumpang. Ombak dan pusingan air yang lebih kuat dan lebih tidak menentu, mahu sahaja menterbalikkan bot.

Namun segala rasa cemas itu berubah apabila anda sampai ke destinasi. Lihatlah betapa indahnya senja di Nanga Merit! Perjalanan balik pun seperti perjalanan datang juga. Mencabar dan menimbulkan rasa cemas. Namun apa yang dialami itu berbaloi. Dalam suasana sekeliling yang tenang dan damai, anda dapat melihat kebesaran dan kebijaksaan Yang Maha Pencipta. Dalam keheningan malam kita dapat melihat betapa bertuahnya kita kerana kita dilahirkan sebagai seorang muslim. Kerana kebenaran sudah ada bersama-sama ketika kita lahir. Kita tak perlu mencari lagi. Kita tak perlu mencarinya seperti orang lain.

Ya, nikmat yang paling berharga ialah nikmat dilahirkan sebagai seorang muslim dan mati sebagai seorang muslim.

2 comments:

Mawar said...

Prof Ungu

saya teringat novel Jong Chiang Lai, Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986, DBP, KL). dulu saya ingat salah eja "nanga" (naga) rupanya memang begitulah namanya...

purplemelastoma said...

Dr. Mawar,

Tajuk Novel itu semacam mengandungi makna yang mendalam. Dengan tumbangnya pohon-pohon, pandangan yang sekian lama hijau apabila mendongak ke atas, kini menjadi biru.